KULAI: Jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Iqbal Hasnun Halimi, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong, di sini, pada jam 7.30 pagi pada Sabtu.
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.
Jenazahnya turut disolatkan di Surau Taman Impian Jaya pada jam 6.40 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian.
Dianggarkan lebih 100 orang hadir ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Bapanya, Halimi Ali Yahad, 50, bersyukur segala urusan arwah anaknya berjalan lancar.
Katanya keluarganya menghargai doa pelbagai pihak yang mengiringi arwah Iqbal Hasnun selepas kejadian menimpanya.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT atas doa, sokongan moral termasuk wakil dari Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri Perak dan pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia.
"Ada yang melakukan solat hajat, membacakan doa, Yasin dan ia amat bermakna dan mempermudahkan urusan arwah kerana pada awalnya proses bagi menuntut jenazahnya dikatakan memakan masa lebih lima hingga enam hari.
"Selepas solat Jumaat semalam, ada petanda ketiga-tiga jenazah dapat dicam dan dituntut pada hari sama.
"Kesemua keluarga berasa nikmat walaupun perit menerima kenyataan mereka sudah tiada dan nikmat paling besar adalah nikmat persaudaraan insan yang tidak kami kenal yang mengambil berat kebajikan dan kebaikan untuk kami," katanya.
Halimi berkata, Allahyarham bersifat penyayang dan memiliki hubungan baik dengan sepupu termasuk suka menghiburkan kanak-kanak.
Katanya, pelbagai pihak yang mengenali arwah memberi gambaran baik terhadap arwah termasuk daripada segi kebajikan dan kepimpinan.
"Ya Allah, jadikanlah jiwa anak kami Iqbal Hasnun jiwa yang tenang...kembali menghadap pencipta dengan saling redha meredhai.
"Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Majlis pengebumian Iqbal Hasnun turut dihadiri ahli keluarganya termasuk bapa, ibu, Nor Laila Paralan, 46; adik, Iqbal Hamdi, 19; Husna Hayati, 16; dan Aisyah Umairah, 4.
Iqbal Hasnun adalah antara mangsa rentung dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, awal pagi Khamis.
Selain Iqbal, empat mangsa lain yang menjadi korban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat May 14 2022
Jenazah Iqbal Hasnun Halimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong jam 7.30 pagi tadi. -foto ihsan keluarga
10 Berita Pilihan - (30 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM
Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Pelaburan Google buka ruang limpahan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia - Penganalisis
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.
Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi
Serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
AWANI Tonight: 30 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.